3 modul yang bina satu carousel studio dalam folder kita sendiri — design yang konsisten setiap minggu, ayat yang bunyi macam kita, dan slide keluar 1080 × 1350 siap upload.



Semua slaid di bawah dirender daripada folder carousel-studio
yang sama. Yang bertukar antara set hanya satu perkara — set rujukan yang kita bagi.

































Nota jujur. Ini bukan testimoni pembeli — ia output yang dihasilkan oleh workflow dalam modul ini. Slaid CTA yang membawa link dan harga produk Actdeck yang lain sudah kami keluarkan daripada gallery ini supaya page ini kekal pada satu tawaran; selain itu tiada slaid yang diedit. Design kita nanti tak akan sama dengan mana-mana set di atas, sebab ia bergantung pada set rujukan yang kita sendiri kumpul. Yang modul ini ajar ialah cara membinanya, bukan janji pada satu design tertentu.
Cara Guna Claude Code Untuk Buat Carousel Content — 12 langkah, dari folder kosong sampai satu command. Langkah 1 hingga 8 menyiapkan folder, langkah 9 dan 10 yang menghasilkan carousel.
styles/style-01.md — grid, type scale,
palet, font dan komposisi. Komposisi direkod dengan nombor: berapa peratus tinggi canvas diisi teks,
blok teks melekat di tepi mana, berapa lapisan setiap slide.
.claude/commands/carousel.md terima 2 input — style file dan jenis carousel,
soft sell atau hard sell. Render engine keluarkan PNG 1080 × 1350 pada deviceScaleFactor 2,
jadi teks kekal sharp. Taip "/" dalam session dan carousel muncul dalam senarai command.




Tulis Ayat Carousel Yang Bunyi Macam Kita — 10 langkah, dua gate. Ia tak bermula dari
kosong: ia guna folder carousel-studio yang sama seperti Modul 1.
writing-style.md ditulis semula daripada 10 hingga 15 content kita yang
sudah diterbitkan di social media. Setiap peraturan wajib bawa 1 contoh sebenar daripada file itu.
Dalam modul, 3 andaian yang AI buat sendiri sebelum ini ternyata salah.
copy/hook-bank.md simpan 12 hook dalam 4 kategori — soalan punca, kenyataan
berat, kesilapan biasa dan angka. Setiap hook ada lajur sumber angka, jadi tiada hook yang
perlukan data yang kita belum bagi. Ambil dari bank, jangan cipta baru.




Hasilkan 12 Carousel Dalam 1 Session — 10 langkah, dari 12 topik ke 12 folder output.
briefs/calendar-[bulan].md, pecah jadi 12 file
brief, jadi 12 copy file, kemudian render. Command /batch terima 1 nama calendar dan
ulang Langkah 2 hingga 9 dalam susunan yang sama.
check.js kira PNG setiap folder dan lapor
lulus atau gagal, dan manifest.md jadi satu muka surat yang kita buka masa nak post.




Ketiga-tiga bonus ini diambil terus daripada isi modul — supaya kita boleh terus jalan tanpa buka PDF setiap kali nak paste satu prompt.

Setiap prompt daripada 3 modul, disalin bulat-bulat dan disusun ikut nombor urutan — bukan ikut modul. Setiap satu bawa "Perlu ada dahulu" dan "Bila dah selesai", dan 4 gate ditanda jelas pada prompt 04, 16, 20 dan 24.

Borang 5 maklumat yang kita isi sendiri sebelum jalankan prompt — topik, audience, satu tindakan,
satu bukti, satu ayat yang kita nak orang ingat. Datang sekali dengan 15 kotak content lama,
sedia disalin ke copy/content-lama.md.

Empat sheet: Calendar dengan lajur Gate 1 yang mengira sendiri baris hard sell tanpa bukti, Ambang dengan 14 angka semakan modul, dan Manifest yang susun 12 carousel ikut minggu.




Satu siri, satu folder kerja. Tiga bonus disertakan tanpa bayaran tambahan.



Jika modul ini langsung tak bermanfaat, hubungi kami menerusi email dalam tempoh 60 hari. Refund 100% diberikan tanpa sebarang soalan.
Actdeck adalah syarikat penerbitan ilmu praktikal yang membantu rakyat Malaysia untuk tambah dan upgrade skil, menerusi content yang bersifat praktikal.
Siri ini ditulis oleh Alia Munirah, Co-founder Actdeck.
Lengkapkan maklumat di bawah untuk dapatkan akses kepada 3 modul dan 3 bonus.